Rabu, 21 November 2012

4 Tarikan Wanita

“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita.” (QS. An Nisaa 34)

LELAKI

1. Lelaki bujangan menanggung dosa sendiri apabila sudah baligh, sementara dosa anak gadis ditanggung oleh bapanya.

2. Lelaki yang sudah berumah tangga menanggung dosa sendiri, dosa isteri (atau semua istri-istrinya), dosa anak perempuan yang belum pernah kawin dan dosa anak lelaki yang belum b
aligh.

3. Anak lelaki bertanggung-jawab atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya, terutama anak lelaki yang tua..

WANITA

Seseorang wanita itu apabila di yaumul akhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu.

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar sholat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat... tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isteri-isterinya. Bergaul bebas, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami berdiam diri walaupun dia seorang alim seperti sholat dan puasa, maka dia akan turut ditarik oleh satu isteri atau isteri-isterinya.

3. Kakak Laki-Laki

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggu ng jawab menjaga adik wanita jatuh ke bahu kakak laki-lakinya... jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja dan adik perempuannya dibiarkan melenceng dari ajaran agama... tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Lihatlah..... betapa hebatnya tarikan wanita bukan saja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yangg bergelar ayah/suami/abang atau anak ... ingatlah Firman Allah subhanahu wata’ala ;

"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta keluargamu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...”

Tidak ada komentar: